Prestasi Tenaga
Peralatan Elektrik
Prestasi tenaga sesuatu peralatan elektrik boleh ditentukan
daripada plat nama. Sebagai contoh penyaman udara mempunyai Pemeringkatan Kecekapan
Tenaga (Energy Efficiency Rating-EER). EER adalah kecekapan penukaran tenaga
bagi sesuatu peralatan elektrik; semakin besar nilai EER semakin cekap
peralatan tersebut. Nilai EER bagi sebuah penyaman udara menandakan nisbah
keupayaan penyejukan terhadap sumber kuasa. Apabila anda ingin membeli
peralatan elektrik, saiz yang bersesuaian adalah penting. Semakin besar saiz
peralatan tersebut semakin banyak tenaga yang digunakannya.
Contoh
Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya
nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi
penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah bernilai 8. Jumlah tenaga elektrik
yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British
Thermal Unit) /jam. Lebih tinggi BTU, maka semakin cekap kadar penggunaan
tenaganya.
No comments:
Post a Comment