tag:blogger.com,1999:blog-75947892920701253412024-02-18T19:22:25.114-08:00NO CAPTIONAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.comBlogger22125tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-35101379486735579042017-06-11T08:11:00.001-07:002017-06-11T08:11:35.176-07:00

PEMIMPIN
DUNIA PERLU KOMITED UNTUK JAYAKAN SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria,
angin, biojisim dan tenaga hidro boleh mencapai hampir 80% permintaan bekalan
tenaga dunia pada tahun 2050 jika pemimpin dunia merangka polisi untuk
memanfaatkan potensi mereka. Demikian menurut satu laporan yang disokong oleh
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Hasil kajian ini merupakan usaha
bersama seramai 120 penyelidik daripada Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan
(IPCC). Mereka juga mengatakan bahawa sekiranya hala tuju tenaga yang boleh
diperbaharui dipatuhi sepenuhnya, maka pelepasan gas rumah hijau akan
berkurangan. Ini menyebabkan suhu dunia tidak naik melepasi paras 2 darjah
selsius pada tahun 2050.

2 darjah selsius ini merupakan paras yang sekiranya suhu dunia naik melepasi
suhu ini, maka kesan terburuk perubahan iklim akan berlaku. Pemimpin dunia juga
telah bersetuju dalam perbincangan tahun lalu di Cancun, Mexico untuk
mengehadkan purata kenaikan suhu dunia dalam angka tersebut. Laporan kajian
tersebut diumumkan selepas perbincangan 4 hari yang berakhir pada minggu lalu
di Abu Dhabi, United Arab Emirates. Laporan ini bertujuan untuk memberikan
maklumat kepada pembuat dasar dan penilaian terkini terhadap potensi
sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Christiana Figueres, yang merupakan Setiausaha Eksekutif kepada UNFCCC,
menggambarkan laporan tersebut mempunyai signifikan dan menunjukkan hala tuju
kepada para pemimpin dunia. ‘Mereka mesti mencapai matlamat mereka dengan
menggunakan sepenuhnya sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui dalam skala
yang besar,’ ujar beliau. ‘Adalah penting juga bahawa dasar negara yang
bercita-cita tinggi dan kerjasama antarabangsa yang kukuh kerana semua ini
merupakan kunci utama kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui secara
meluas di semua dunia.

Figueres juga menekankan bahawa keperluan untuk kewangan dan teknologi yang
mencukupi harus dibekalkan kepada negara-negara yang lebih mundur, yang akan
mengalami pertumbuhan paling pesat dalam pengeluaran tenaga dalam masa yang
akan datang. ‘Negara-negara maju perlu menghasilkan satu dasar yang bersesuaian
dan memberikan insentif supaya penggunaan dan pemasangan teknologi tenaga
bersih boleh berkembang dengan pesat,’ tambah beliau lagi. Laporan tersebut
juga menghasilkan satu ulasan yang mengandungi 160 keadaan saintifik yang
berbeza berdasarkan tahap-tahap yang berlainan dalam sumber-sumber tenaga yang
boleh diperbaharui, keadaan alam sekitar yang berbeza dan juga faktor sosial.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-11639149750136230182017-06-11T08:10:00.000-07:002017-06-11T08:10:03.518-07:00

BANDARAYA
"PINTAR" TENAGA

Kesatuan Eropah akan memilih 30 bandaraya sebagai
perintis kepada sistem grid elektrik "pintar" dan tebatan kalis-ruang
(space -proven insulation) dalam usaha untuk menerajui persaingan global ke
arah teknologi hijau.

Projek tersebut menjangkakan sejumlah 25 hingga 30
"bandaraya pintar" iaitu bandaraya yang dilitupi oleh sistem grid
elektrik "pintar" dan tebatan kalis ruang serta mampu mengumpal
tenaga daripada matahari, angin dan bahan buangannya sendiri. Tenaga yang
dikumpulkan akan disalurkan terus kepada kereta, trem dan bas yang menggunakan
kuasa elektrik di bandaraya pintar tersebut. Ini dapat menjimatkan kos
kehidupan masyarakat .

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-39926358814463652102017-06-11T08:08:00.000-07:002017-06-11T08:08:05.965-07:00

GABUNGAN
DUA SUMBER TENAGA

PELARASAN harga petrol, diesel dan petroleum gas cecair
(LPG) pada Jumaat lalu mungkin membuatkan ramai mengeluh. Kalau dulu meter di
pam minyak menunjukkan antara RM60 dan RM70 paling tinggi untuk pengisian
penuh, namun kini ia sudah mencecah melebihi RM100 bagi kenderaan 1.6 liter ke
atas. Bagaimana kalau menukar kenderaan hibrid? Ya, harganya mungkin masih
mahal dan menjadi cabaran kepada pengeluar kenderaan untuk memastikannya berada
di paras harga mampu milik antara RM50,000 dan RM80,000, agaknya sedikit
rasional.

Apatah lagi, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, berkata pemegang
francais kereta hibrid diberi pengecualian duti import 100 peratus dan duti
eksais 50 peratus ke atas kereta hibrid siap pasang (CBU) baru. Malah, dalam
Bajet 2009 yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pun sudah memberikan pengecualian sama supaya pemegang francais
berpeluang memasangnya dalam negara.

Berbanding sebelum ini, kenderaan hibrid dikenakan cukai
import 260 peratus dan duti eksais antara 60 hingga 105 peratus bagi kereta
dari negara Asean dan bukan Asean selain ditambah cukai jualan 10 peratus.
Bermakna, tiada lagi alasan yang perlu diberikan pengeluar kereta untuk
menghasilkan kenderaan hibrid rakyat mampu milik memandangkan ia teknologi baru
yang mengurangkan penggunaan petrol itu.

Di pasaran, terdapat kenderaan hibrid yang dikeluarkan
ketika ini adalah dijana gabungan petrol dan elektrik, malah ada juga
mengusahakan dua kereta hibrid diesel-elektrik. Ia bukan teknologi baru kerana
sudah digunakan dalam beberapa jenis kenderaan seperti lokomotif kereta api
yang dijana oleh kuasa elektrik dan diesel selain bas hibrid diesel-elektrik
yang mendapatkan bekalan elektrik menerusi wayar. Kapal selam juga adalah
kenderaan jenis hibrid kerana dijana oleh gabungan tenaga nuklear dan elektrik
atau diesel-elektrik.

Kaedahnya mudah, bagi kereta biasa, pembakaran petrol
membekalkan tenaga kepada enjin seterusnya menggerakkan transmisi untuk
memusing tayar sementara kereta elektrik pula dilengkapi set bateri yang menyalurkan
tenaga elektrik kepada motor elektrik sebelum menggerakkan transmisi. Mudah
faham, kereta hibrid adalah gabungan kedua-duanya. Ia akan dijana oleh petrol
ketika di awal pergerakan dan apabila sudah mencapai tahap kelajuan tertentu,
penjanaan akan diambil alih secara automatik oleh kuasa elektrik yang
dibekalkan bateri yang dimuatkan dalam enjin.

Bezaya, enjin kereta hibrid bersaiz lebih kecil dan
menggunakan teknologi tinggi dengan motor elektrik yang digunakan juga adalah
lebih sofistikated kerana ia turut berfungsi sebagai pengecas bateri apabila
kenderaan bergerak. Selain kuasa petrol-elektrik, sistem Sel Bahan Api yang
disaksikan menerusi model Chevrolet Equinox menggunakan hidrogen sebagai bahan
bakar yang diasingkan daripada air membolehkan air yang mengandungi hidrogen
dan oksigen diasingkan sebelum disalurkan ke kebuk pembakaran.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-79074987667227672832017-06-11T08:05:00.003-07:002017-06-11T08:05:59.418-07:00

PENGUASAAN
TEKNOLOGI NUKLEAR

Penguasaan teknologi nuklear adalah penting untuk kita
menyaingi negara-negara yang maju dan boleh mengelakkan kita terus ditindas
oleh negara-negara yang berkuasa besar. Penguasaan nuklear juga menjimatkan
penggunaan elektrik di seluruh negara. Ini yang dimahukan oleh kerajaan yang
kini kehabisan wang. Tenaga nuklear adalah pengganti kepada sumber tenaga
mentah seperti empangan hidroelektrik yang mempunyai kos tinggi dan
menghancurkan alam sekitar, jadi jika kita menggunakan tenaga nuklear kita
telah menyelamatkan beribu-ribu pokok dan sungai yang menjadi zon penampan
kepada kawasan tadahan air dan menyuburkan hutan sekitar.

UKM memiliki Jabatan Sains Nuklear, yang menawarkan program sains nuklear di
peringkat sarjana muda hingga Doktor Falsafah. Manakala UPM ada memawarkan
program yang berkaitan pengunaan teknik-teknik nuklear di beberapa fakultinya.
Di peringkat pengajian lebih tinggi (MSc dan PhD), universiti-universiti
berkenaan ada menawarkan penyelidikan berkaitan teknik nuklear ataupun
menggunakan teknik nuklear, yang diaplikasi kepada bidang alam sekitar,
perubatan, pertanian atau industri, dan juga penyelidikan fundemental.
Kebanyakan penyelidikan untuk ijazah MSc dan PhD dilakukan secara kolobratif
dengan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) atau hospital
atau pusat penyelidikan lain.

Dengan tinjauan rambang ini boleh dibuat kesimpulan bahawa, IPTA di Malaysia
tiada menyediakan program-program yang menjurus kepada penyediaan tenaga
manusia, tenaga mahir dan ahli teknologi dalam bidang Teknologi Nuklear.
Walaupun tiada data dimiliki penulis, namun dipercayai bahawa pakar-pakar dalam
bidang Teknologi Nuklear di Malaysia adalah mendapat latihan dan didikan di
luar negara. Hal ini bukanlah suatu yang baik dari sudut perancangan strategik
masa depan Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Selain isu ketiadaan penawaran program Teknologi Nuklear, isu berkaitan calon
atau pelajar yang akan mengikuti program tersebut juga perlu di pertimbangkan. Penawaran
program atas dasar ‘strategik’ sahaja bukanlah sesuatu yang baik sama ada
kepada pelajar atau pun universiti, kerana ia membabitkan kos kewangan, insan
dan kemudahan universiti. Graduan yang dihasilkan haruslah dapat berperanan
dalam bidangnya, jika tidak keadaan yang dihadapi Amerika Syarikat berkaitan
penurunan bilangan calon yang menjurus dalam bidang Teknologi Nuklear akan
dihadapi (Wogman et al., 2005).

Dari segi polisi politik, Malaysia memang menentang pembangunan dan penggunaan
senjata nuklear. Penjanaan tenaga untuk domestik dan industri melalui loji
tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif yang lestari juga tidak menjadi
agenda yang dibincang di peringkat umum di negara kita ini. Lantaran itu
sokongan dan keinginan politik terhadap pendidikan teknologi nuklear di IPTA
tempatan seolah-olah tidak wujud sejak hampir 30 tahun selepas penubuhan
PUSPATI (kini dikenali sebagai MINT). Semua ini telah mendorong beberapa
generasi pelajar beranggapan bahawa teknologi nuklear bukanlah bidang yang
mampu menjamin kerjaya masa depan yang cerah. Mungkin ini benar dan masih
relevan sehingga beberapa tahun yang lalu.

Berbagai peristiwa yang terjadi akhir-akhir ini, seperti globalisasi, kenaikan
harga petrolium, peningkatan penggunaan teknik nuklear dalam berbagai bidang
strategik seperti kesihatan, pertanian, ketenteraan dan penyelidikan
berprestasi tinggi telah mengubah senario. Permintaan guna tenaga pakar dalam
bidang teknologi nuklear dijangka akan diperlukan, setidak-tidaknya bagi
mengekal dan membekal keupayaan genting (critical capabalities) agar boleh
berdaya saing. Kuasai nuklear, kuasai ekonomi, kuasai Amerika dan menyebabkan
Israel gerun.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-18571097245923111772017-06-11T08:04:00.002-07:002017-06-11T08:04:17.046-07:00

PELABELAN
KECEKAPAN TENAGA : SISTEM KADARAN BINTANG DAN LABEL

Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting
untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga
bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat
eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan
syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran
bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna
tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga
atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap
peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1
hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang
cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga
tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan
ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna
untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan
elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan
elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini secara langsung akan menghasilkan
pendapatan isi rumah boleh guna atau disposable household income yang lebih
tinggi terutamanya dalam jangka masa yang panjang yang akan meningkatkan
kualiti kehidupan.

Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi
Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen
dan kipas yang digunakan di rumah.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-82193195861364702612017-06-11T08:02:00.001-07:002017-06-11T08:02:21.942-07:00

PENJIMATAN
TENAGA ELEKTRIK<o:p></o:p>

Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna
domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.Pengguna domestik yang mengguna di
antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka
masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar
sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan
perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah
bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-6491640620676908712017-06-11T08:00:00.002-07:002017-06-11T08:00:25.398-07:00

PENGGUNAAN
LAMPU KALIMANTAN<o:p></o:p>

Penjimatan tenaga dan mesra alam adalah istilah yang biasa
kita dengar kebelakangan ini. Kesedaran untuk beralih kepada penggunaan alatan
jimat elektrik adalah sederhana, namun menunjukkan perkembangan yang baik.
Contoh yang paling mudah ialah penggunaan lampu elektrik. Semakin banyak
pengguna bertukar kepada lampu kalimantang berbanding lampu biasa.

Ini mungkin disebabkan rekabentuk yang lebih ekonomi dan
lebih menawarkan nilai kepada pengguna. Lampu kalimantang mungkin kelihatan
sama dengan lampu biasa namun teknologi disebalik lampu jenis ini menyebabkan
ia amat berbeza. Lampu kalimantang pada hari ini mula mendapat sambutan
disebabkan oleh kecekapan tenaga, tahan lama, banyak pilihan, mesra alam dan
tidak berkelip.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-79532294064782810642017-06-11T07:54:00.001-07:002017-06-11T07:54:46.323-07:00TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Tenaga dapat diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari
sumber daya alam seperti sinar matahari, angin, hujan, pasang surut , dan panas
bumi, diperbaharui (alami dicas semula). Pada tahun 2008, sekitar 19% dari pengambilan
tenaga global berasal dari tenaga boleh diperbaharui akhir, dengan 13% berasal
dari tradisional Biojisim, yang terutama digunakan untuk pemanasan, dan 3.2%
dari pembangkit elektrik tenaga air. baru diperbaharui (hidro kecil, Biojisim
moden, angin, suria, panas bumi, dan biofuel) berjumlah 2.7% lagi dan
berkembang sangat pesat.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-62505838702964432792017-06-11T07:45:00.003-07:002017-06-11T07:45:53.712-07:00

FEED-IN-TARIFF
(FIT)<o:p></o:p>

Malaysia telah lama melaksanakan Feed- In- Tariff (FIT)
sebagai satu cara untuk mengalakkan penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui
sama ada daripada sumber-sumber seperti solar, hidro, biogas/ tapak pelupusan
atau biomas/ sisa pepejal. Feed- In- Tariff (FIT) dibayar setiap kilowatt per
jam bagi setiap tenaga elektrik yang dijana oleh sumber yang boleh
diperbaharui. Setakat ini, FIT merupakan mekanisme yang paling berjaya untuk
merangsang pembangunan pesat tenaga yang boleh diperbaharui.

Sejak tahun 1991, Jerman, Sepanyol, Denmark dan lebih 40
negara lain telah mempelopori dasar-dasar dan undang-undang yang dikenali
sebagai FIT ini di mana telah terbukti dalam usaha untuk menggalakkan
pertumbuhan yang terpantas, termurah dan paling luas bagi tenaga yang boleh
diperbaharui. FIT yang dikenali untuk pengeluar tenaga yang boleh diperbaharui
atau untuk meningkatkan pengeluaran tenaga yang boleh diperbaharui, kedua-
kedua individu dan perniagaan akan menikmati manfaat daripadanya.

FIT bermaksud peluang untuk menambahkan pendapatan. Industi
RE menganggarkan penjanaan sekurang- kurangnya RM70bil untuk sektor swasta dan
ini akan diterjemahkan kepada cukai pendapatan sebanyak sekurang- kurangnya
RM1.76 bil untuk kerajaan pada tahun 2020. Bagi syarikat- syarikat utiliti,TNB
seperti di Malaysia, ini mempunyai portfolio yang lebih rendah untuk kos
penjanaan elektrik dengan menggunakan sumber tenaga bebas untuk jangka masa
panjang.

Tenaga yang boleh diperbaharui hari ini kurang daripada 1%
daripada penjanaan kuasa di Malaysia. Arang batu sebanyak 40% manakala gas
adalah sebanyak 55%. Ini menjadi sumber aspirasi kerajaan Malaysia untuk
mempunyai tenaga yang boleh diperbaharui sekurang- kurangnya 5.5% daripada
tenaga keseluruhan menjelang tahun 2011 dan 11% pada tahun 2020. Penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui akan mengurangkan kerosakan alam sekitar
daripada aktiviti cari gali dan perlombongan bahan api fosil seperti minyak,
arang batu dan gas asli.

Pelaksaan FIT dijangka akan mewujudkan rangsangan ketara
dalam ekonomi domestik, menyokong kemampanan alam sekitar dan menggalakkan
kesesuaian dalam mencapai 'grid parity' untuk kerajaan. Pungutan cukai sebanyak
1% akan dikenakan ke atas pelanggan- pelanggan TNB yang menggunakan 300 kwh atau
RM77 sebulan bagi tujuan pembiayaan FIT.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-55574501558484283012017-06-11T07:43:00.005-07:002017-06-11T07:43:52.087-07:00

MEMPERKASA
PEMBANGUNAN SUMBER TENAGA DIPERBAHARUI<o:p></o:p>

KEJADIAN gempa bumi disusuli tsunami yang melanda Jepun awal
tahun ini bukan saja meranapkan harta, malah nyawa rakyatnya. Bencana alam itu
turut menjejaskan loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi di Minamisoma, antara
loji nuklear penjana sumber tenaga elektrik di negara Matahari Terbit itu.

Peristiwa ini sudah pasti membuka mata negara luar yang
mempunyai hasrat untuk membina loji tenaga nuklear sebagai satu sumber tenaga
alternatif. Kesan dan akibat daripada kejadian itu membuktikan ada kalanya
manusia tidak akan mampu melawan kehendak alam. Tidak salah untuk mengkaji
mahupun mencuba sesuatu yang baru tetapi biar apa yang ingin kita lakukan itu
tidak merosakkan alam semula jadi agar ia tidak menyusahkan kita di kemudian
hari. Tenaga nuklear bukan satu-satunya sumber tenaga yang boleh dijadikan
penjana elektrik, malah banyak lagi sumber lain yang masih belum digunakan
sepenuhnya.

Sumber tenaga diperbaharui (RE), umpamanya adalah antara
sumber tenaga baru yang kian mendapat sambutan dan digunakan secara meluas
terutama oleh negara membangun seperti Britain. Sejak ia mula diperkenalkan di
negara ini usaha untuk mengembangkannya giat dilakukan. RE ialah satu
sumber tenaga baru dan tahap kesedaran terhadap kemampuannya untuk berkembang
kian diberi perhatian terutama pihak industri pengeluaran mahupun pertanian. Ia
adalah sumber tenaga kelima dalam campuran sumber tenaga negara yang terdiri
daripada minyak, gas, arang batu dan hidro.

Tanggal 11 Mei 2001 melakarkan sejarah tersendiri Malaysia
apabila Program Jana kuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP)
dilancarkan sebagai tanda komitmen untuk memperkasakan pembangunan RE. Program
terbabit ialah inisiatif Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang
bertujuan mempromosikan penggunaan meluas sumber tenaga yang boleh diperbaharui
di negara ini, khususnya untuk penjanaan tenaga. Menerusi program ini,
jana kuasa yang menggunakan sumber RE boleh membuat permohonan untuk menjual
elektrik kepada utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan. Program ini membenarkan
semua jenis tenaga RE seperti biomass, biogas, ‘municipal waste’, solar, hidro
mini dan angin untuk dibangunkan.

Pembangunan RE juga adalah sebahagian sasaran untuk
menjadikan negara ini bebas daripada karbon dioksida menjelang 2020 dan sejajar
itu, insentif turut diberikan untuk menarik minat pelabur luar berkongsi
kepakaran mengembangkan industri RE di negara ini. Biodome Asia Sdn Bhd
sebuah anak syarikat Kirk Enviromental yang berpangkalan di United Kingdom (UK)
mengorak langkah membuat pelaburan di negara ini dengan memperkenalkan kepakaran
dalam bidang biogas. Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang mengurus dan
memperkembangkan penggunaan tenaga RE mula menerokai pasaran negara ini.

Pengarah Operasi Biodome Asia, Matthew Dickinson, berkata
tenaga diperbaharui ialah sumber tenaga yang kian berkembang di Britain tetapi
baru di negara ini. Setakat ini terdapat lebih daripada dua kilang sawit yang
menggunakan sisa buangan mereka selama 15 tahun menjana kuasa elektrik untuk
kegunaan sendiri. “Industri RE mula mendapat perhatian di kalangan
pengusaha kilang dan pasarannya menjadi kian meluas, apatah lagi apabila
syarikat yang membangunkan tenaga terbabit dapat menjual kembali hasil tenaga
kepada pembekal utama tenaga elektrik di negara ini iaitu Tenaga Nasional
Berhad (TNB), “katanya. Bertindak selaku perunding, Biodome Asia lebih
menekankan faedah yang diperoleh syarikat yang berminat untuk membuat
pelaburan, antaranya pendapatan yang boleh dijana hasil daripada jualan
elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Di samping itu, syarikat yang terbabit juga bakal menikmati
sendiri tenaga elektrik yang dihasilkan, sekali gus mewujudkan suasana hijau
kerana teknologi ini mengurangkan pencemaran persekitaran. “Pemilik kilang
perlu diberi kesedaran mengenai faedah yang boleh mereka peroleh daripada
menghumban sisa buangan kilang ke sungai kerana sisa buangan terbabit boleh
ditukar menjadi sumber tenaga yang pasti dapat mengurangkan belanja bil
elektrik syarikat berkenaan. Di samping memperoleh pendapatan dengan menjual
kembali sumber tenaga kepada TNB, kilang juga tidak perlu memperuntukkan dana
untuk membeli semula tenaga yang mereka perlukan,” katanya.

Biodome Asia adalah satu-satunya syarikat yang memiliki
kepakaran dan peralatan yang bakal dibangunkan untuk membina loji biogas yang
memberi tumpuan kepada penggunaan sisa buangan sebagai sumber baru
tenaga. Ia meliputi bidang reka bentuk kejuruteraan, pengeluaran,
pembinaan dan pengurusan projek yang dikendalikan pakar perunding untuk setiap
satu kawasan. Biodome Asia menawarkan perkhidmatan bermula daripada pembinaan
loji hingga siap sepenuhnya. Kaedah yang diperkenalkan ialah dengan
menghasilkan gas dari hampas biji sawit untuk dijadikan tenaga
elektrik. “Peranan kami ialah membantu pihak kilang memahami keuntungan
yang boleh diraih dengan melakukan pelaburan berbanding jika mereka hanya
menjual tempurung kelapa sawit yang boleh dijual pada harga RM160 satu tan,
sedangkan faedah yang mereka peroleh jika melabur sedikit untuk membina loji
biogas membolehkan mereka menjana tenaga elektrik sendiri dan mengaut
keuntungan daripadanya,” katanya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-84147507372804698442017-06-11T07:40:00.001-07:002017-06-11T07:40:13.183-07:00

BERSEDIA
UNTUK TENAGA ALTERNATIF<o:p></o:p>

Dalam jangka panjang, industri tenaga perlu mencari pilihan
lain sebagai ganti bahan api fosil yang kian susut. Di Malaysia, kerajaan
mengorak langkah untuk melakukan kajian semula terhadap industri tenaga secara
holistik dengan tujuan menjadikan industri itu lebih mampan, boleh diharap dan
cekap. Satu daripada bidang yang sentiasa dipertimbang pada masa lalu dan juga
kini ialah usaha meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Stesen kuasa hidro, tenaga suria dan angin semuanya
berfungsi dengan kadar pelepasan Karbon Dioksida hampir sifar, dan bukan
sahaja akan menolong meringankan masalah bekalan bahan api, tetapi juga
mengurangkan masalah perubahan iklim. Akan tetapi, pilihan-pilihan ini tidaklah
begitu boleh diharapkan dan berdaya maju disebabkan kos pengeluaran tenaga
elektrik jauh lebih mahal daripada menggunakan bahan api fosil.

Sistem tarif galakan (FiT) yang diperkenalkan dan mengenakan
1 peratus tarif atas penggunaan melebihi 300 kWh, untuk membiayai usaha
pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang diuruskan Lembaga Pembangunan Tenaga
Lestari (SEDA) di bawah KeTTHA, mencapai kejayaan besar terutama bagi fotovolta
suria, tetapi itu memerlukan subsidi berupa 1 peratus levi atau lebih. Antara
sumber tenaga boleh diperbaharui yang terdapat di Malaysia ketika ini ialah
kuasa hidro, tenaga suria, biojisim daripada sekam padi, sisa minyak sawit
(bahan api bio), dan sisa bandaran.

Di bawah skim FiT, pelanggan dikehendaki membayar premium
bagi tenaga bersih yang dijanakan kepada penjana kuasa tenaga boleh
diperbaharui untuk bilangan tahun yang tetap, dengan bayaran bagi setiap jam
kilowatt (kWh) kuasa elektrik yang dijanakan, dan bayaran minimum terjamin bagi
setiap kWh disalurkan kepada grid. Banyak syarikat tempatan telah pun
memanfaatkan teknologi tenaga boleh diperbaharui untuk mula mengurangkan kos
tenaga dan menikmati hasil pendapatan.

Projek tenaga boleh diperbaharui biojisim yang pertama
menggunakan tandan kosong sebagai bahan api telah dimulakan oleh TSH Bio Energy
Sdn. Bhd. dan syarikat itu menjual tenaga elektrik kepada TNB dengan kadar
21.25 sen/kwh. Teknologi fotovolta suria untuk menjana tenaga elektrik daripada
matahari telah memungkinkan pemilik rumah menjana elektrik untuk kegunaan
sendiri dan menjual kepada grid kebangsaan.

Tidakkah hebat jika difikirkan bahawa modal untuk memasang
panel fotovolta di atas bumbung rumah anda akan memberi tenaga elektrik percuma
ditambah pula dengan peluang untuk menjual lebihan kuasa balik kepada grid
kebangsaan selama sekurang-kurangnya 21 tahun dan sebelum masa itu anda telah
pun mendapat pulangan modal dan memperoleh keuntungan yang lumayan?

Ini ialah sumber tenaga alternatif yang boleh kita fikirkan
untuk masa hadapan. Akan tetapi, semua sumber itu secara sendirinya tidak
berdaya maju dan memerlukan subsidi untuk memastikan daya maju dari segi
kewangan. Oleh kerana itu, negara mempunyai hanya satu lagi sumber tenaga yang
lebih murah - bahan api fosil. Bagaimanapun, kita masih boleh menyelamatkan
bumi, dengan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, dan menginsafi bahawa
tenaga elektrik murah perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-18902992925516917152017-06-11T07:37:00.003-07:002017-06-11T07:37:25.847-07:00

PRODUK
CEKAP TENAGA BANTU KURANG KENAIKAN KOS SARA HIDUP<o:p></o:p>

Perubahan dalam gaya hidup dapat membantu pengguna
mengimbangi kenaikan kos sara hidup harian yang naik mendadak sejak
kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan tinggi harga bahan api yang
diumumkan kerajaan baru-baru ini. Bagaimanapun, perubahan ini lebih mudah
dilaksanakan dengan bantuan teknologi. "Kebanyakan daripada kita tidak
dapat berubah kerana kita selesa dengan tabiat harian. Meskipun begitu, sudah
sampai masanya untuk kita memulakan langkah bagi mengubah kepada sesuatu yang
lebih baik. "Ini akan memberikan impak jangka masa panjang dalam menangani
kos harian serta perubahan kepada cara hidup lestari," demikian menurut
Piarapakaran Subramaniam, Pengurus Bahagian Alam Sekitar, Gabungan
Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA).

Satu daripada perubahan gaya hidup yang amat perlu diamalkan
sekarang ialah penjimatan tenaga. "Apabila kita mengurangkan bil bahan api
atau elektrik, kita sebenarnya telah memainkan peranan untuk membantu
memelihara bumi. "Dalam satu abad ini banyak berlaku pencairan ais di
kutub, peningkatan suhu purata bumi yang mendadak dan kenaikan aras laut,"
jelas Piarapakaran. Kebanyakan rumah dan pejabat, tambahnya masih menggunakan
tenaga daripada stesen janakuasa berasaskan karbon (seperti diesel dan gas asli)
yang melepaskan banyak gas karbon dioksida (gas rumah hijau).

Menurut Piarapakaran, antara yang perlu diberi perhatian
oleh masyarakat pengguna negara ini ialah pembelian produk "cekap
tenaga" yang bukan sahaja mesra alam bahkan tahan lama. "Kecekapan
tenaga dicapai apabila produk dengan kapasiti kerja yang sama menggunakan
tenaga yang rendah untuk operasi. Ini adalah satu langkah yang kecil tetapi
besar maknanya untuk perubahan kepada cara hidup kita," tambahnya. Ada
pengguna yang mempunyai persepsi yang salah mengenai penggunaan produk kecil.
Jelasnya, produk kecil seperti lampu floresen bukan sahaja jimat tenaga malah
mengurangkan pelepasan karbon. "Ada di antara barangan ini yang bukan
sahaja cekap tenaga tetapi juga mempunyai jangka hayat operasi yang lebih lama
berbanding produk biasa. Ini membantu mengurangkan permintaan bahan mentah bagi
sektor pembuatan.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-85893530094486559592017-06-11T07:35:00.001-07:002017-06-11T07:35:13.130-07:00

TNB
RANCANG TENAGA HIDRO SEBAGAI ALTERNATIF

Tenaga Nasional Berhad (TNB) merancang untuk menggunakan
tenaga hidro sebagai alternatif bagi mengurangkan pengantungan kepada tenaga
gas dan arang batu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohammad
Noh berkata, ini kerana kedua-dua tenaga gas dan arang batu itu semakin
berkurangan hingga menyebabkan kos perkhidmatan semakin meningkat."

Mengikut anggaran Petronas, negara akan kehabisan sumber gas
pada 2015. Oleh itu, kami sedang giat merancang projek baru menggunakan tenaga
alternatif. "Bagi mengelakkan sebarang peningkatan kos perkhidmatan,
kami merancang menggunakan tenaga hidro bagi menggantikan tenaga gas yang
semakin berkurangan," katanya. Menurut beliau, untuk penggunaan tenaga
alternatif tersebut, TNB telah memulakan projek hidro berkenaan di empat
kawasan iaitu di Hulu Terengganu, Terengganu; Ulu Jelai, Pahang; serta di Lebir
dan Nenggiri, Kelantan yang dijangka siap pada 2014. "Apabila projek
ini siap, ia dijangka mampu menampung permintaan tenaga elektrik di seluruh
semenanjung," jelasnya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-55826862443347469912017-06-11T07:30:00.002-07:002017-06-11T07:30:45.989-07:00

HARAPAN
TERHADAP INDUSTRI TENAGA DIPERBAHARUI<o:p></o:p>

Harga minyak mentah dunia yang melambung dan tidak stabil
sememangnya menjadi beban kepada orang ramai kerana ia memberi kesan besar
kepada kos penjanaan tenaga elektrik, selain daripada sektor pengangkutan. Ini
kerana sejak sekian lama, selain daripada menggunakan tenaga hidro, minyak
digunakan dengan meluas untuk menggerakkan pusat-pusat penjana elektrik di
seluruh dunia. Bagi melegakan pembekal bekalan elektrik, banyak negara kini
mula beralih mencari sumber tenaga alternatif atau tenaga yang boleh
diperbaharui untuk menggerakkan turbin-turbin di pusat janakuasa elektrik
mereka.

Sememangnya, masih banyak tenaga alternatif dan boleh
diperbaharui yang boleh digunakan seperti tenaga nuklear, air, biomas, angin,
suria dan juga hidrogen. Bukan sahaja ia murah tetapi tenaga yang dihasilkan
daripada bahan alternatif ini lebih bersih dan mesra alam, memandangkan ia
boleh diperbaharui dengan mudah. Bagaimanapun antara tenaga yang diperbaharui,
tenaga hidro (air) antara yang paling banyak dibangunkan termasuk di negara
kita.

Bagaimanapun, untuk membangunkan pusat janakuasa berasaskan
hidro, kita terpaksa mengorbankan sejumlah kawasan yang besar untuk menakung
air dan ia pula seharusnya berada di kawasan yang terdapat air terjun. Kini
timbul pula teknologi menggunakan pergerakan arus pasang surut air laut untuk
dijadikan penggerak kepada sumber tenaga elektrik yang baru. Bagaimanapun,
teknologi ini masih baru. Di negara ini, ramai yang semakin memberi perhatian
untuk memajukan biomas sebagai sumber tenaga kerana Malaysia mempunyai sumber
yang banyak ia menggunakan sumber sisa tumbuhan atau batang kayu. Sisa buangan
bahan daripada pokok sawit seperti tandan, gentian dan sebagainya misalnya
boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bakar yang baik.

Konsep ini hampir sama dengan bahan api fosil seperti arang
batu yang digunakan sebagai bahan bakar untuk sesetengah pusat janakuasa
elektrik. Nuklear pula walaupun dikira boleh menjadi sumber tenaga yang baik
tetapi perlu mengambil kira mengenai isu keselamatan. Biarpun ia tidak
melibatkan pembebasan karbon dioksida tetapi ramai yang bimbang mengenai
masalah sisa pembuangan bahan radioaktif. Pengarah dan Pengasas Institut Bahan
Api Sel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Wan. Ramli Wan Daud
berkata, bahan api fosil bukan saja tidak boleh diperbaharui tetapi juga
menyumbang peningkatan gas rumah hijau. “Tenaga alternatif yang boleh
diperbaharui masih menyumbang kepada gas rumah hijau tetapi kesannya masih
kurang,” katanya selepas Forum Inovasi Teknologi Bisnes di Taman Teknologi
Malaysia, dekat sini, baru-baru ini.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-27924107256433384312017-06-11T07:29:00.000-07:002017-06-11T08:15:21.736-07:00

TEKNOLOGI
HIJAU SEBAGAI ALTERNATIF

Terdapat pelbagai bahan boleh dijadikan alternatif bagi
mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil seperti tenaga solar(matahari),
tenaga air, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Malaysia
merupakan Negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Kita boleh
memanfaatkan cahaya matahari pada waktu siang sebagai seumber tenaga untuk
menggantikan tenaga elektrik. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran
udara dan kesan rumah kaca serta tenaganya boleh disimpan untuk penggunaan
eletrik pada waktu malam.

Tenaga hidro berasal daripada air yang mengalir mengandungi
tenaga yang boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Tenaga hidro menampung
keperluan pertanian. Tanah Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna telah
menjadikan Negara kita sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang
berterusan. Hampir 90% daripada sumber tenaga yang diperbahrui datang daripada
kuasa hidro. Empangan telah digunakan sebagai sebuah stesen janakuasa hidro
untuk menakung air sungai. Kebihan tenaga ini termasuklah tenaga ini adalah
percuma. Air juga dapat disimpan di dalam empangan dan sedia digunakan pada
masa yang diperlukan serta tidak ada sisa buangan yang menyumbang kepada
pencemaran.

Hidrogen juga merupakan bahan penggantian untuk bahan bakar
fosil. Hidrogen boleh digunakan sebagai sejenis bahan api yang menggerakkan
kenderaan.Hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan kereta
petrol tradisional. Dalam penukaran sel bahan api, hydrogen bertindak balas
dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik untuk menjana motor tarikan
eletrik. Kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai nahan bakar dapat
mengurangkan penggunaan gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon.

Biofuel juga merupakan bahan bakar alternatif untuk bahan
bakar fosil yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Biofuel dapat dihasilkan
secara langsung dari tanaman atau limbah industry, komersial, domestik, atau
pertanian. Ada tiga cara untuk menghasilkan boifuel iaitu limbah organik
kering(buangan rumah tangga), fermentasi limbah basah(kotoran haiwan) atau
fermentasi tebu atau jagung dan tenaga dari hutan. Biofuel menghasilkan karbon
dioksida yang jauh lebih sedikit daripada bahan bakar fosil yang mencemarkan
udara. Biofuel dapat terurai dan sumber bahan buatan biofuel adalah terjamin
serta mampu mengelakkan daripada rumah kaca.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-55932936207995772222017-06-11T01:37:00.000-07:002017-06-11T01:37:18.786-07:00

ISU
EKONOMI : KEPERLUAN TENAGA NEGARA MENINGKAT DUA KALI GANDA MENJELANG 2030<o:p></o:p>

Bekalan tenaga yang diperlukan negara dijangka meningkat
sebanyak dua kali ganda menjelang tahun 2030. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, berdasarkan pertumbuhan ekonomi
semasa, keperluan tenaga seperti minyak, gas asli, arang batu, nuklear,
hidroelektrik dan tenaga boleh diperbaharui dijangka meningkat pada kadar 3.4
peratus setiap tahun.

“Menjelang 2030 jumlah tenaga yang diperlukan negara adalah
dua kali ganda daripada yang digunakan pada 2010 iaitu bersamaan dengan bekalan
92.9 juta tan minyak,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan
Keselamatan Tenaga Kebangsaan di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha
kementerian itu, Datuk Loo Took Gee; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Dr.
Ahmad Tajuddin Ali; Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir. Ahmad Fauzi Hasan dan
Bekas Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa, Nobua Tanaka.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, negara kini berdepan
cabaran besar dalam pengurusan sumber tenaga bagi menampung pertumbuhan ekonomi
yang lebih rancak menjelang 2020. “Rizab minyak dan gas negara kini turut
menyusut dan pengeluaran telah menurun pada kadar kira-kira dua peratus setiap
tahun,” katanya. Fah Kui berkata, walaupun negara mempunyai sumber minyak dan
gas asli untuk menampung pembangunan, kebanyakan daripada sumber itu telah
dibangun dan berada di peringkat hadapan pengeluaran.

Keadaan itu katanya, menyebabkan Malaysia kini semakin
bergantung pada bekalan gas import untuk memenuhi permintaan. “Lebih 30 peratus
daripada bekalan gas asli yang disalurkan di Semenanjung Malaysia adalah
bekalan import dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. “Jumlah penggunaan gas di
Semenanjung Malaysia kini meningkat sebanyak 13 peratus sejak sedekad lalu,”
katanya. Beliau berkata, dalam ketidaktentuan sumber tenaga di peringkat
global, isu keselamatan tenaga kini menjadi isu utama negara-negara di seluruh
dunia.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-48671684881403208312017-06-11T01:32:00.001-07:002017-06-11T01:32:47.513-07:00

APAKAH
BIOFUEL DAN MENGAPA KITA MEMERLUKANNYA?<o:p></o:p>

Biofuel adalah bahan api yang boleh diperbaharui sama ada
dalam bentuk cecair atau gas yang diperolehi dari biomass (bakteria, tumbuhan
atau haiwan). Paling utama, ia boleh diperbaharui dan diperolehi dengan cepat,
tidak seperti bahan api fosil, yang juga datang dari bahan biologi, tetapi
mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk.

Walaupun kelihatan seperti ciptaan moden, biofuel sebenarnya
telah wujud sejak awal abad ke - Rudolph Diesel (pencipta enjin diesel) berlari
enjin pada minyak kacang tanah di Pesta Dunia Paris pada tahun 1900. Bahagian
kekeliruan dan kontroversi sekitar biofuel terletak pada hakikat bahawa mereka
boleh datang dari pelbagai sumber yang berlainan.

Setiap generasi mempunyai kelebihan sendiri masing-masing
dan keburukan itu. Yang menjadi masalah ialah apabila kekurangan generasi lama
ini turut diletakkan pada generasi baru. Sekalipun dengan kaedah baru, sumber
yang berlainan dan teknologi yang lebih tinggi, ia tetap disamakan dengan nilai
generasi yang lama.

Apabila Majlis Nuffield melihat dalam skop Bioetika melalui
penelitian isu-isu etika sekitar biofuel pada tahun 2011, mereka berkata bahawa
pembangunan biofuel adalah didorong oleh tiga cabaran: keselamatan tenaga,
pembangunan ekonomi dan perubahan iklim.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-60923647931711109912017-06-11T01:15:00.002-07:002017-06-11T01:15:30.389-07:00

Peningkatan
penggunaan elektrik boleh disebabkan oleh :<o:p></o:p>

• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru;

• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik;

• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampu
hiasan dan lain-lain semasa musim perayaan;

• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil dengan
peralatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengan keluarga yang membesar

• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejuk
yang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangan gas penyejuk atau
kerosakan pada getah perekat pintunya yang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa
beroperasi untuk jangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.

Cara Mengurangkan Bil
Elektrik<o:p></o:p>

Pelbagai cara boleh anda lakukan bagi meningkatkan kecekapan
penggunaan elektrik di rumah kerana penggunaan berhemah dan cekap akan
menjimatkan tenaga, wang dan membantu memelihara alam sekitar. Salah satu cara
utama ialah dengan menganalisa penggunaan elektrik dan mengenal pasti peralatan
elektrik yang boleh dikawal atau digunakan dengan cekap. Anda boleh lakukan
sendiri audit tenaga di rumah anda.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-28135454568981259822017-06-11T00:58:00.002-07:002017-06-11T00:58:04.595-07:00

Prestasi Tenaga
Peralatan Elektrik<o:p></o:p>

Prestasi tenaga sesuatu peralatan elektrik boleh ditentukan
daripada plat nama. Sebagai contoh penyaman udara mempunyai Pemeringkatan Kecekapan
Tenaga (Energy Efficiency Rating-EER). EER adalah kecekapan penukaran tenaga
bagi sesuatu peralatan elektrik; semakin besar nilai EER semakin cekap
peralatan tersebut. Nilai EER bagi sebuah penyaman udara menandakan nisbah
keupayaan penyejukan terhadap sumber kuasa. Apabila anda ingin membeli
peralatan elektrik, saiz yang bersesuaian adalah penting. Semakin besar saiz
peralatan tersebut semakin banyak tenaga yang digunakannya.

Contoh

<o:p> </o:p>

Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya
nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi
penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah bernilai 8. Jumlah tenaga elektrik
yang dihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutan BTU (British
Thermal Unit) /jam. Lebih tinggi BTU, maka semakin cekap kadar penggunaan
tenaganya.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-37438319484083645472017-06-11T00:55:00.002-07:002017-06-11T00:55:48.170-07:00

TIP PENJIMATAN TENAGA<o:p></o:p>

RUANG DAPUR

Anda sedia maklum bahawa sebahagian besar tenaga elektrik
iaitu hampir 40% digunakan di ruang dapur. Tahukah anda di rumah kos sederhana,
anda boleh menjimatkan sehingga 10 % atau RM78 setiap tahun dengan menggunakan
peralatan elektrik cekap tenaga di dapur.

PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU

Ia adalah peralatan elektrik yang paling mahal kos
pembiayaannya di rumah kerana digunakan sepanjang hari. Oleh itu potensi
penjimatan tenaga bagi peti sejuk adalah tinggi. Kos penggunaan yang rendah
bagi peti sejuk dan penyejuk beku baru yang cekap tenaga biasanya boleh
menampung kos penggantian peralatan lama yang tidak cekap tenaga.

A. Panduan Membeli<o:p></o:p>

Peti Sejuk

• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga.
Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan.
Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.

• Jangan lupa untuk mengenal pasti Energy Efficiency Ratio
(EER) bagi peti sejuk. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang
penggunaan kuasa bagi peti sejuk.

Penyejuk Beku

Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenaga
berbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaan penyejuk
beku jenis peti dan jenis tegak ialah masing-masing RM10 dan RM14 sebulan.

B. Panduan Pemasangan<o:p></o:p>

Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika
operasi penyejukan muatannya. Haba ini perlu dinyahkan kerana jika tidak,
kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan beroperasi lebih lama. Ini
menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akan memendekkan jangka hayatnya. la
juga akan menggunakan lebih banyak elektrik dan akan lebih cepat rosak.

Perkara yang perlu diambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk
beku:

• peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panas seperti di tempat
yang terdedah kepada pancaran terus matahari atau berhampiran dengan dapur
memasak

• ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagian atas,
belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara

C. Panduan Operasi Dan
Penyelenggaraan<o:p></o:p>

Peti Sejuk

• Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yang
panjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkan pintunya
terbuka.

• Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan
kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk

• Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang di
sekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara. Sentiasa sejukkan
makanan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

• Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengaja membiarkan
pintu peti sejuk terbuka.

Penyejuk Beku Penyejuk beku seeloknya sentiasa penuh bagi
mengelakkan pembentukan ais. Untuk memastikan penyejuk beku digunakan dengan
cekap:

• Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabila
menyimpan makanan yang ingin disejuk beku bagi mengelakkan makanan menjadi
kering.

• Sebelum membuka penyejuk beku kenal pasti barangan
yang diinginkan. Membuka pintu berulang kali akan membazirkan tenaga.

• Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6 mm
(1/4 inci).

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-67064022184205547422017-06-11T00:32:00.001-07:002017-06-11T00:32:26.054-07:00

Tip Menjimat Tenaga

Suhu yang diselaraskan pada -18ºC akan menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM 13

Panduan Operasi dan Penyelenggaraan lampu

Bilik Tidur

• Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalap untuk
pencahayaan umum.

• Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.

• Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampiran dengan

tingkap.

Ruang Tamu

• Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.

• Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagi
keselesaan menonton.

• Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.

Dapur

• Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaan yang
mencukupi.

• Pasang lampu di atas ruang kerja.

• Pasang lampu di pintu bilik pantri.

Bilik air dan setor

• Pasang lampu di atas cermin.

• Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.

• Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.

Kesimpulannya,penggunaan tenaga elektrik pada masa kini
menentukan masa hadapan kerana keadaan bumi semakin uzur dan kebanyakkan sumber
semula jadi semakin sedikit dan tidak mustahil jika kita tidak cekap
menggunakan elektrik, ianya akan habis.Oleh itu, marilah sama-sama kita
menjimatkan elektrik.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7594789292070125341.post-31434005684714590412017-04-22T21:51:00.002-07:002017-06-11T07:57:24.888-07:00KECEKAPAN TENAGAPENGENALAN

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar.

Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda.

APAKAH KECEKAPAN TENAGA?

Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga elektrik yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.

Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga. Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.

MENGAPAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA DENGAN CEKAP?

1. Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan arang batu) yang:

bekalannya semakin susut

kos yang semakin tinggi

menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan

buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

2. Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi

akan datang;

3. Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.

Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga. Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga. Label yang mempunyai taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin. Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain. Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga.

Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 hingga 5 bintang. Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.

MEMAHAMI KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA

1. Memahami Kecekapan Tenaga

Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.

Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.

2. Mengapa Kecekapan Tenaga penting?

Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.

Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:

A. Kos

Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.

Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

B. Perlindungan alam sekitar

Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.

Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.

Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek

C. Keselamatan bekalan

Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.

membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.

Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

3. Adakah kecekapan tenaga sama dengan penjimatan tenaga?

Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi.

A. Kecekapan tenaga

Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain.

Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

B. Penjimatan tenaga

Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.

Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.

EKO-LABEL

Eko-label adalah suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna (termasuk makanan) yang dihasilkan bagi mengelakkan kesan berbahaya terhadap alam sekitar. Sistem pelabelan Eko meliputi kedua-dua makanan dan barangan pengguna.

Eko-label memudahkan pengguna untuk memilih barangan mesra alam "green products". Ini merupakan suatu skim sukarela yang diwujudkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam. Label ini juga dapat membantu para pengguna untuk mengenal pasti barangan yang mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan ekolabel dapat digunakan untuk barangan yang tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC). CFC adalah gas yang merosakkan lapisan ozon. Ekolabel juga terdapat pada barangan yang boleh dikitar semula dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien serta menjimatkan tenaga.

Di Malaysia, kita memerlukan penggunaan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga untuk kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah membangunkan skim pelabelan kecekapan tenaga elektrik. Kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan menggunakan kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi.

PENGGUNAAN TENAGA

Pertamanya, industri yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak diberikan diskaun. Ini akan menggalakkan pembaziran kerana ia adalah lebih murah untuk membazir daripada menjadi cekap tenaga. Industri yang mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama memaksimakan pengeluaran patut diberi ganjaran, kerana penggunaan tenaga per produk telah dikurangkan. Industri-industri yang melakukan kecekapan tenaga ‘sebenar’ melalui penyelesaian kejuruteraan patut digalakkan. Penguatkuasaan faktor Kuasa (Power Factor) patut dilaksanakan dengan tunjuk ajar yang sewajarnya dengan mengalakkan penggunaan kapasitor (capacitor bank) kepada pengguna industri dan komersil.

Keduanya, pelabelan kecekapan tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik masih kurang memuaskan. Sehingga kini, label ini hanya digunakan untuk peti sejuk bagi pengguna domestik, dan Motor Kecekapan Tinggi (High Efficiency Motors-HEM) bagi pengguna industri. Bagaimana dengan yang lain? Pelabelan dan penguatkuasaan adalah penting untuk memastikan pengguna memilih barangan yang betul untuk cekap dalam penggunaan elektrik.

Ketiganya, penggabungan sektor tenaga secara keseluruhan. Terlalu ramai agensi yang terlibat dalam industri ini. Satu agensi pusat sepatutnya berfungsi untuk sumber, penjanaan, bekalan dan harga. Agensi ini sepatutnya bekerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat supaya ia dapat berfungsi dengan berkesan serta elakkan agensi yang berfungsi sendiri (stand alone).

Keempatnya, pencarian sumber-sumber baru untuk tenaga adalah focus utama negara. Tiada halatuju yang konkrit untuk memastikan kecekapan tanaga di setiap peringkat. Sebagai contoh, adakah semua stim yang dihasilkan di loji-loji penjanaan digunakan sepenuhnya? Penggunaan sebegini memastikan kehilangan semasa proses penukaran tenaga dapat dikurangkan. Kita sepatutnya mempunyai loji-loji yang diintegrasikan supaya stim lebihan digunakan untuk proses-proses industri yang lain. Ini telahpun digunakan di kebanyakan negara beberapa tahun yang dahulu untuk memaksimumkan penggunaan sumber tenaga. Kecekapan boleh ditempatkan dalam produk melalui inovasi. Walaupun permintaan tenaga dapat dibekalkan ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi melalui pelbagai cara. Tiada seorang pun yang akan bersetuju bahawa bekalan ini adalah untuk dibazirkan. Kita tiada dapat lihat analisis kos yang wajar kerana kita membeli untuk membazir. Kami memohon pihak kerajaan mengatasi masalah kecekapan tenaga sebelum menyelesaikan masalah krisis tenaga yang dijangka.

MENINGKATKAN KECEKAPAN PENGGUNAAN TENAGA

Kenaikan harga minyak mentah akan menyebabkan subsidi terhadap petroleum dan sumber tenaga lain seperti elektrik meningkat. Adalah penting untuk setiap individu berjimat cermat dalam menggunakan sumber tenaga. Sektor swasta juga tidak boleh bergantung kepada subsidi untuk kekal kompetitif, sebaliknya perlu lebih cekap dan bijak dalam menggunakan sumber tenaga, termasuk dalam proses pengeluaran. Dengan itu, langkah akan diambil untuk menggalakkan pengguna lebih cekap dan bijak dalam menggunakan tenaga serta mengelakkan pembaziran.

Walau bagaimanapun, Kerajaan komited untuk memastikan bahawa pengguna berpendapatan rendah tidak akan menanggung beban. Kerajaan akan menerajui usaha menjimat tenaga. Saya percaya masih ada banyak ruang untuk kita menjimatkan penggunaan tenaga. Semua agensi kerajaan diberi sasaran untuk mencapai 10 peratus penjimatan penggunaan tenaga pada tahun 2006.

Amalan seperti membiarkan alat penghawa dingin berada pada suhu terlalu rendah atau membiarkan lampu terpasang apabila tiada orang di pejabat merupakan pembaziran semata-mata.Selain penjimatan penggunaan tenaga, Kerajaan bercadang untuk terus menggalakkan pelaburan di dalam peralatan yang rendah penggunaan tenaganya. Kerajaan mencadangkan agar insentif yang diberikan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan penjimatan tenaga, dilanjutkan tempohnya untuk lima tahun lagi sehingga tahun 2010.

Selain itu, Kerajaan juga bercadang untuk memberikan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus kepada modal yang dibelanjakan bagi tujuan meningkatkan penjimatan tenaga, kepada pemilik bangunan. Di samping itu, garispanduan pembinaan bangunan perlu dikemaskini agar dapat menekankan aspek kecekapan penggunaan tenaga di bangunan baru.

Anda boleh membantu dengan mengambil langkah-langkah mudah berikut:

1. Lampu

Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.

Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.

Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.

2. Peralatan komputer

Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila tidak digunakan. Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.

Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga.

Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting

3. Alat pendingin hawa

Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa.

Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi.

Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.

4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio, pengecas bateri dsb

Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.

PENGGUNA LESTARI 1 (MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA BAGI LAMPU)

Pastikan lampu yang digunakan daripada jenis yang cekap tenaga, contohnya lampu kalimantang, atau lampu penjimat elektrik seperti lampu kalimantang mampat (CFL) bagi menggantikan lampu mentol filamen.

Gunakan kuasa lampu yang bersesuaian dengan keperluan. Untuk pencerahan yang tinggi (dalam watt), kuasa lampu juga tinggi. Ini juga menandakan penggunaan tenaga yang tinggi.

Padamkan lampu apabila tidak diperlukan. Amalan menutup suiz adalah penting.

Cuba kita buat pengiraan secara ringkas:

Jika lampu pada suis yang menyala sepanjang hari. Kuasa lampu ini adalah kecil iaitu sebanyak 1 Watt.

Jika kita biarkan perkakas atau suis dalam keadaan sedia(stand-by mode):

Penggunaan elektrik:

*1 Watt x 24 jam x 365 hari = 8760 Wjam

=8.76 kWjam

*1kWjam adalah satu unit tenaga yang digunakan dan dikesan oleh meter elektrik. Oleh itu,

harga seunit elektrik terendah adalah RM0.218.

*Jumlah penggunaan untuk satu lampu kecil adalah:

8.76 kWjam x RM 0.218 = RM 1.91

Jika lampu dibiarkan menyala:

Jika dinyalakan 10 lampu kecil (pada perkakas) dan 3 lampu mentol biasa 24 jam setahun.Kos setahun adalah = RM 362.90

Jika dinyalakan 10 lampu kecil (pada perkakas) dan 3 lampu CFL 24 jam setahun.Kos setahun adalah = RM 122.24

Jika lampu digunakan dalam tempoh 8 jam sehari -dengan cekap, iaitu bila perlu sahaja.

Jika dinyalakan 10 lampu kecil (pada perkakas) dan 3 lampu mentol biasa 8 jam setahun.Kos setahun adalah = RM130.97

Jika dinyalakan 10 lampu kecil (pada perkakas) dan 3 lampu CFL 8 jam setahun.Kos setahun adalah = RM 40.75

Ini jelas menunjukkan kecekapan penggunaan tenaga dapat menjimatkan kos harian pengguna.

PENGGUNA LESTARI 2 ( MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA PENDINGIN HAWA)

Pastikan penyaman udara dipasang jauh daripada pancaran terus matahari.

Pastikan keupayaan pendingin hawa (kuasa kudanya) bersesuaian dengan saiz ruang bilik berkenaan .

Periksa dan selaraskan termostat bagi mencapai suhu keselesaan. Kebiasaan ialah 25 Degree Celcius- 26 Degree Celcius.

Pastikan penapis udara adalah lebih bersih bagi mengoptimumkan pengoperasian.

Pastikan gelung sirip luar dibersihkan dua kali setahun.

Periksa tahap bahan penyejuk (sekali setahun)

Pastikan gelung dalam dibersihkan setahun sekali

Buat kiraan sendiri untuk memastikan dakwaan jurujual adalah betul. Jangan tertipu dengan dakwaan kecekapan tenaga secara membuta tuli. Sehingga kini tiada label kecekapan tenaga untuk pendingin hawa di Malaysia

*Jika 1 pendingin hawa dengan 1 kuasa kuda(horsepower) menggunakan 1200 Watts tenaga elektrik untuk operasi. Manakala pendingin hawa 20% cekap tenaga menggunakan 960 Watts tenaga elektrik untuk operasi, kaedah pengiraan luas kecekapan tenaga seperti berikut:

Bil tahunan adalah :

Biasa =1.2 kW x 365 hari x 7 jam x RM 0.25 (kadar per kWj) = RM 766.50

Cekap Tenaga =0.96 kW x 365 hari x 7 jam x RM 0.25 (kadar per kWj)=Rm 613.20

Pengiraan ringkas ini menunjukkan setiap tahun kita dapat menjimat sebanyak RM153.30 dalam bil elektrik dalam bil elektrik, jika menggunakan pendingin hawa yang cekap tenaga.

PENGGUNA LESTARI 3 ( MENGIRA KOS KECEKAPAN TENAGA MESIN BASUH)

Pembaziran tenaga elektrik dan air akan berlaku apabila membasuh pakaian hanya separuh muatan. Umpamanya mencuci hanya sepasang seluar ataupun beberapa helai baju kemeja. Kumpulkan pakaian basuhan sehingga penuh mesin kerana penggunaan tenaga elektriknya hampir sama.

Memilh jenis mesin basuh

Pilih mesin basuh yang saiznya bersesuaian dengan keperluan keluarga

Mesin basuh automatik jenis muatan depan menggunakan tenaga yang kurang berbanding dengan mesin automatik jenis muatan asas.

Bandingkan harga semasa membeli mesin basuh

Panduan menggunakan mesin basuh

Basuh dengan muatan penuh. Mesin basuh yang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang sama dengan basuhan yang separuh muatannya.

Elakkan daripada menggunakan mesin basuh yang terlebih beban. Ini boleh menyebabkan mesin basuh mudah rosak dan akan menggunakan tenaga yang lebih untuk beroperasi.

Pilih kitaran cucian yang sesuai untuk jenis cucian.

semasa beroperasi, elakkan daripada menambah muatan, perbuatan ini bukan sahaja berbahaya, tetapi boleh menyebabkan kerosakan mesin basuh.

Contoh pengiraan kos kecekapan mesin basuh:

*Dalam masa setahun penjimatan yang dapat dibuat oleh seorang pengguna mesin basuh adalah = RM 8.40

*Jika terdapat 500,000 pengguna mesin basuh ini, jumlah penjimatan adalah = RM 4,200,000.00

*Jumalah tenaga yang tidak terbazir adalah (kWj) = 19,266,055 kWj.

*Jika purata pengguna menggunakan kurang daripada 200 unit tenaga sebulan, iaitu bil bulanan kurang daripada RM 43.60, bilangan pengguna yang dapat menikmati tenaga ini adalah = 96,330 buah rumah untuk sebulan.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/07949000741856304953noreply@blogger.com0